Saturday, September 29, 2012

UTM student

Salamun Alaik...for all the viewers..

setelah sekian lama x update blog...lebih dpd sebulan kowt..
almaklumlah...dah start busy...
and now, i've become one of the students of UTM 
aka UNIVERSITI TERBAIK MALAYSIA!!!
ceehh...bajet je dak..??hehe.. sekali sekala nak gurau..

alhamdulillah..dpt jgak msuk U..

and, juz nak briefing sikit...
i'm a student of Bachelor in Mathematical Science...
(bakal lecturer niyh..hee~)

insyaallah...bakal lecturer..

memang course ni bukan 1st choice..
tp sy memang ada pilih course ni..
at 1st, a bit frustrated sbb sy nak smbung acturial science..
but, who knows kan?
Allah yg tetapkan...
& insyaallah, Dia dah tetapkan yg terbaik utk kita..

and, my target..i want to get a Dean Certificate for every semester..
and , want to become one of the 1st class degree student..

InsyaAllah.. 
May Allah ease everything..

and now, juz want to show some pics in UTM
(sebenarnye sy x habis jelajah utm ni...besar sgt..)

ni lah stadium utm..besar giler!




 
at Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ)
Masjid Sultan Ismail (MSI)




p/s : sory x byk gmbr..t update lg ek..

bbye..

Sunday, August 5, 2012

NUZUL AL-QURAN VS OLIMPIK BADMINTON..

assalamualaikum...
alhamdulillah...baru terasa macam ada idea nk update blog nie...
dah lama tak update...
ok...teruskan..

tengok tajuk pon da tau kan,,,
semalam 1 Malaysia digembar-gemburkan pasal final badminton olimpik..
Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan (CHINA)..
sikit je lagi DLCW nak menang...hmm

tengok....aku yg x tengok pon tau..haih#

da tentu2 la time final tu time baru masuk waktu isyak...
ramai kan orang dok mghadap tv tengok match tu kan..??
and sy agak mesti ramai x pegi tarawih kan..??

NUZUL AL-QURAN


BADMINTON


VS







hmm...itulah....
antara duniawi dgn agama...
mana lebih penting..??
tepuk dada tanya iman

match tu bila2 pon boleh tengok tak...?
kat youtube mesti ada,...dont worry...

tapi tarawih tu....mmg x wajib...
tapi sunat mua'akad....sunat yg sgt dituntut...
bln ni je...bln ramadhan je boleh jumpa...

tapi...kena b'sangka baik jugak..
kalau ada yg lepas tengok badminton tu baru gi solat tarawih...
walaupun kat rumah...alhamdulillah ,
at least, laksanakan jugak tuntutan agama tu...
jgn d'tinggalkan terus..

hmm...smlm dah start 17 ramadhan.
juga adalah nuzul al-quran (hari ni jugak)
17 Ramadhan...hari di mana al-quran diturunkan...

jadi...sama2 lah kita semua mengaji...baca Quran byk2..
biar dpt pahala....
kalau nak tau sejarah al-Quran diturunkan..
meh klik sini ...

kejap je kan...dah nak sampai 20 pun...
jom sama2 buat amal ibadah utk malam 10 terakhir ni...

jom...kita sama2 baca & penuhkan ilmu dengan..
surat cinta daripada Allah ini..
(AL-QURAN)



p/s~.
buat DLCW...jgn sedih2....you've done your best..
you are still our FIRST MALAYSIAN HERO!!
although u didn't got the medal...u are our GOLD MEDAL!









see....
aku x tengok...
tp aku tau apa yg jadi...
x rugi pon kalau x tengok...
yg rugi..bila kita tinggalkan yg wajib...
& lupakan yg sunnah...

sekian....

Tuesday, July 24, 2012

AKU MENCINTAINYA....


Aku mencintainya, tanpa melihat kata "SEMPURNA" . . .


Aku mencintainya dengan melihat segala kelebihan dan kekurangan yang ia miliki ..

Aku mencintainya dengan segala kesabaran dan keikhlasan hatiku . . .

Aku mencintainya dengan melihat agamanya, bukan fizikalnya . . .

Aku mencintainya dengan sebentuk cinta yang ku punya . . .


Aku mencintainya tanpa melebihi rasa cintaku padaNYA .



Jika kau mencintaiku karena Allah, maka jangan dekati aku

Jika kau mencintaiku karena Allah, maka jangan menggodaku

Jika kau mencintaiku karena Allah, maka jangan merayuku

Jika kau mencintaiku karena Allah, maka jagalah izzahmu denganku

Jika kau mencintaiku karena Allah, maka jangan menyentuhku

Jika Mencintaiku karena Allah, maka jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya

JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAIMU..♥..♥..♥..♥..

Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu  
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu 
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu  
Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK

Ya Allah, sekiranya aku jatuh cinta,
 maka, Kau jatuhkanlah cintaku kepada seseorang yg melabuhkan cintanya kepada Mu..
agar bertambah kekuatanku untuk terus mencintaiMu....

Sunday, July 22, 2012

SEORANG GADIS....

Seorang gadis membuat rumah terbuka lalu dia mengajak teman2 rapatnya..

Kali ini dia mahu buat sedikit kelainan..
Dia mahu buat doa selamat dan solat hajat..
Tidak ketinggalan dia mengajak Teman Lelakinya..

Si gadis mula terkenangkan "masa depannya" lalu dia menyuruh teman Lelakinya meng Imam kan solat hajat.. Merdu sekali suara Teman Lelakinya mengalunkan bacaan ayat2 suci Al-Quran..

Selesai memberi salam, Teman Lelaki serikan lagi dengan zikrullah, tambah cair lah hati si gadiss..

Selesai Solat seperti biasa pasti bersalam-salaman antara satu sama lain laki dgn laki perempuan dgn perempuan

tiba2..

Teman Lelaki menghulurkan tangan kepada si gadis dan bersedia untuk mencium dahi..

Heyyyy!!! si gadis melenting dan mengelak..

"Apa u ni.. kan lepas solat ni.. mana boleh salam dgn laki bukan mahram.."

Teman Lelaki itu terkejut dan tergelak.. lalu berkata :

"Habis tu selama ni kita dating pegang2 tangan.. kadang2 dating kat taman i siap cium dahi u lg tanda cinta kita.. x salah ka??

Si Gadis membalas,

"U pown agak2 lah, kan kita lepas solat ni.. waktu dating lain waktu solat lain.. respect lah skit.. kan tgh ade wuduk ni.."

Tiba2 terbuka hati lelaki tersebut, lalu berkata..

"U sedar tak, kita sedar kewujudan Tuhan hanya waktu Solat sahaja. sedangkan Tuhan itu Sentiasa Bersama kita, Sentiasa memerhati gerak geri kita sekalipun kita tengah dating di tempat tersembunyi, Tuhan memerhati kita 24jam walau di mana kita berada.."

Astaghfirullah~

"Kita ada wuduk setiap masa.. Bukankah kita dilarang sama sekali bersentuhan selagi tiada ikatan pernikahan yang sah.."

sambung Teman Lelaki tersebut..

"U, I nak nikah ngan U.. even Kita tengah belajar lagi.. I sanggup cari duit.. I tak sanggup tanggung dosa.. berapa banyak dah kita tanggung dosa.. kita dah Couple almost 3 years.. kalau U x nk kawin ngan I, I sanggup putuskan hubungan kita.. sbb I tak sanggup tanggung Dosa lagi.."

Si Gadis Terkedu..
"Gulp"..

Teman Lelaki mengalirkan air mata dan terus mengajak untuk sama-sama mendirikan solat taubat nasuha bagi memulakan kehidupan yang baru.

Saturday, July 21, 2012

TIPS KEJUTKAN ORANG BANGUN SAHUR

assalamualaikum semua..
hari ni nak share sikit tips2 utk kejut orang bangun sahur..
tapi, tips ni khas utk orang yg liat bangun sahur je tau.
hee~


1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2 .
2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
3. Renjis air kat muka dia...
4. Tampar tampar manja pipi dia..
5. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

  •  Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...

jangan jadi macam nie tau.

gurau2 je kay...
ingat ! kalau nak puasa, mesti kena sahur..
nie utk kesihatan jugak..
lagipun, sunnah nabi kan..
sempena bulan puasa nie, meh la ikut amalkan sunnah nabi tu..
boleh kumpul pahala banyak2 .

Jom ! renung2 kan & selamat beramal..


Friday, July 20, 2012

RAMADHAN KEMBALI LAGI..

alhamdulillah..
ramadhan kembali lagi..

 sudah 19 tahun sy bertemu dgn bulan yg mulia ni..
tp mungkin cuma baru beberapa tahun saja sy betul2 mengerti tentang kewujudan bulan ramadhan ini..

di bulan yg mulia ni, sy berazam ingin menjadikan bulan ini bulan yg penuh keberkatan dlm diri ini.
setiap tahun sy berazam utk cuba khatam al-Quran dlm masa sebulan di bln ramadhan .
tapi, setiap kali itulah sy gagal utk melaksanakannya..

salah satu puncanya, sebab muslimah akan "bercuti" selama seminggu..
jadi , tak dapat la nak targetkan utk habiskan 1 hari 1 juz.

tapi, insyaAllah..
tahun ni sy akan cuba habiskan baca al-Quran sebanyak yg boleh..
walaupun tak dapat habiskan..

semoga niatku ini akan dinilai oleh Allah SWT..
InsyaAllah..

& kita semua tahu, bulan ramadhan banyak peristiwa2 menarik.
kalau nak tahu boleh klik sini..

selain tu, bulan ni juga banyak ganjarannya..


semoga kita semua dpt manfaatkan bulan nie..
mungkin ini ramadhan terakhir kita..
siapa tahu kan?

anyway..selamat berpuasa !
                (^_^)v

Wednesday, July 18, 2012

KENAPA PEREMPUAN NAMPAK CANTIK BILA TUTUP AURAT?

 Bismillahirrahmanirrahim..

Kenapa perempuan nampak cantik bila tutup aurat?

1. Sebab dia nak tutup aurat..

2. Sebab dia nak jaga maruah..

3. Sebab dia nak nampak cantik di mata Allah..

4. Sebab dia tak nak tunjuk kecantikan dia pda yg bukan halal..

5. Sebab dia seorang yang pandai..

5. Sebab dia nak jadi anak yg solehah..

6. Sebab dia dengar cakap mama ayah dia..

7. Sebab dia hormat dekat orang lain..

8. Sebab takut bila dia tak tutup aurat nanti orang tgk dia cantik.. Pastu ada niat yg tak baik.

9. Sebab taknak diminati ramai sangat lelaki..

10. Sebab taknak menyusahkan orang lain menanggung dosa free..

11. Sebab nanti dia akan dapat pahala..

12. Sebab dapat menghindari maksiat..

13. Sebab supaya dia dpt jadi contoh pada perempuan lain..

14. Sebab supaya lelaki yg beriman je yg suka dia..

15. Sebab dia dengar suruhan nabi & perintah Allah...

16. Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya..

17. Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. Sebab patuh pada suami..

19. Sebab dia taknak rambut dia ditarik, digantung dgn bara2 api dan dibakar dgn dasyat kat akhirat kelak.

20. Sebab.. Ermmm, kalau ikutkan memang banyak sebabnya.. Tak terkira.


Jadi, sayang sayang semua nak nampak cantik tak?

Jom menutup aurat dengan sempurna !! ♥ (^__^)v

Tuesday, July 17, 2012

for my precious Muslimah .

 assalamualaikum...
today, i just want to share with you, what I've just read..

----------------------------------------------------------------

yea, i know...i know. This is going to sound very lame to you, But, do take just a minute to read.

Before that,

I'm not an ustazah, journalist or a writer but an ex-cheerleader who enjoyed R&B musics..,,shopping...
Easy to say, I'm an opposite of muslimah. Much things to learn. I'm still on the way towards to become a muslimah. InsyaAllah..

ok2..let's proceed.

I'll use 2 languages here.

This is JUST a small introduction to you.

" Ya Allah, jika ibadahku, hanya utk menjauhkan diriku daripada api nerakaMU, maka, kelak, bakarlah aku dengan api nerakaMU itu. Jika sembahku hanya utk meraih syurgaMU, maka haramkanlah syurgaMu untukku. Adapun bila ibadahku hanya ingin beroleh kasih sayangMU, berilah aku kurnia agungMu. Anugerahkanlah kepadaku nikmat utk melihat wajahMU, wahai yg Maha Perkasa lagi Maha Mulia."

-doa seorang wanita solehah, ahli sufi, Rabiah al-adawiyah-
Subhanallah...beautiful yet meaningful du'ah, isn't it?

**it's just an example..but, it's reality in some part of this world. No offences, k?

two boys walking.
"That lady over there, man, she's beautiful. She have those figures." 
"Yea, I do agree with you. But, that lady besides her, even more beautiful."
"Why you say so? I don't see anything. She's all covered."
"The mysterious one is far more beautiful. We can't see her beauty, cause it is only meant for those who allowed. Batasan aurat? remember? sides, as long as..."
"As long as, what?"
"She's beautiful in the eyes of God."

Lord creates...
We..Women.
Beautiful..

Every single of us. There's no exception.

It's all depend on us how we 'keep' our beauty.

Just question yourself, how do you 'keep' your beauty?

No need to tell the answer, by right you should know the answers already.

**another story happened to me when I was in college.

I just arrived at the surau. As usual, I'll pull the surau's door. Suddenly, i saw 2 muslimins were sitting at the muslimat's area.
They saw my presence.
Quickly, they run to the muslimins area, in front.
I asked them, "why are you boys running away from me as if I'm gonna eat you?"
One of the muslimins answered.
"Men get excited when they look at girls"
I'm speechless...Seriously...

You see that..? don't you think that women can attract men easily?
Nafsu lelaki kan satu. Remember?

saudari, 
tahukah saudari tentang sebuah hadis daripada [ HR Muslim]?

"Dunia ini ibarat perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Wanita solehah?
Wow..we should be glad that we were born as muslims. It's so easy to grab that status-'Wanita solehah'
Agree??

Last, but not least, My precious Muslimah, do sit down, refresh everything in our life, Muhasabah diri.
It's never too late to become Wanita solehah. If I can change myself, you, also can.
But, fillah, must, because of ALLAH.

wassalam.. 


Friday, July 13, 2012

ALLAH KNOWS BETTER...

assalamualaikum...
alhamdulillah...upu result have been announced this morning..

although i didnt get the courses that i want..

but, still, alhamdulillah...
maybe...I, myself , not suitable for actuarial science course...
maybe I'm not belong to that course.
 a course that I really want to..further my studies..

that's why HE has decided this,  for my future..





NAMA:NUR ASYIQIN BINTI MOHD NASARRUDDIN

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM:TS08 
NAMA PROGRAM PENGAJIAN:SAINS (MATEMATIK)
:UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
URL SURAT TAWARAN:Dibuka pada 16-Jul-2012 ]  



still...it was a great course..
I do, love mathematics...
that's why I apply this .
but actually , I want to challenge myself to further in actuarial science..

but, I just dont have that kind of luck...u know..

I dont mind..

alhamdulillah,, I still have the faith in Allah...
HE chooses this for me..
there's a "hikmah" why I've got this .

still...I'm a johorian ....
haha...
& I've got UTM..
so , it's easier for me coz I can get UTM scholarship .
& usually the government of johor will support or give a sponsor to us..
alhamdulillah...

see...
that's the "hikmah" .
alhamdulillah...
we can always planning..
but only HE will decide..

coz..
ALLAH KNOWS BETTER
than us..


wallahua'lam..

Sunday, July 8, 2012

SALAH FAHAM WANITA TENTANG AURAT


assalamualaikum...
alhamdulillah...dapat jugaq update..
da dekat seminggu kowt x update..
da b'sawang da agaknye blog ni..

ehem,,ehem...hmm..

hari nie cuma nak share something that is very true....
trully true..why??

i bet,,  most muslims (especially muslimah) know..
what is aurat..

but,, usually muslimah misunderstood about aurat..
( sama ada memang x faham atau buat2 x faham..x tau lah..)
wallaua'lam,,

hmm...kat bawah nie antara salah faham nye...
  • ramai muslimah pakai 'shorts' walaupun di depan muslimah lain
semua orang tahu kan..walaupun sesama muslimah, aurat seorang perempuan tetap dari pusat hingga ke lutut.
tapi, masalahnya sekarang ni..'shorts' tu kan betul2 paras atas peha je..
sama juga seperti m'buka aurat..
walaupun di depan kaum sejenis..
cuba bayangkan...selalunya chinese yg pakai shorts tu..korean girl pon sama jugaq..
bila kita tengok orang bukan islam yg pakai shorts tu pun da malu..
apa lagi muslimah sendiri yg pakai macam tu..
sampai kita sendiri pun confuse...melayu ke cina tu..???
lagi satu..sedang kan melihat aurat sendiri pun boleh m'buatkan seseorang itu lupa, apa lagi melihat aurat orang lain..

  • kaki itu aurat juga ya muslimah
semua pun tahu..aurat seorang perempuan apabila keluar dari rumahnya adalah seluruh badan kecuali muka & tapak tangan..
hah..maksudnya..kaki pun termasuk jugaq kan..
jadi, pakai la stokin..
stokin pun, jangan lah yg jarang pulak ye..
nampak jugaq auratnye nanti..

  • janganlah bersanggul tinggi apabila keluar rumah
ini pun salah faham juga...apabila bersanggul tinggi, mesti la orang tertarik utk tengok kan..
itu da kira utk menarik perhatian orang lain..
sekarang ni pun da jadi satu trend pulak..b'sanggul tinggi..
apa guna kita tutup aurat seluruh badan tapi sanggul tinggi pulak .
tetap terbuka juga aurat tu kan..
wahai muslimah..jika rambut itu panjang, x perlulah ditinggikan sanggul itu..
cukup dengan mengikatnya saja..
jikalau terlalu panjang, lilit di bahagian leher & x perlu b'sanggul
jika benar2 ingin b'sanggul, cuma di depan suaminya saja
kerana utk menarik perhatian suaminya..
bukan kepada ajnabinya !
  • pakaian janganlah ketat sehingga menampakkan bentuk badan
ini samalah juga seperti berpakaian tapi bertelanjang..
apa guna da pakai baju labuh, tapi menampakkan susuk badannya..
pakaian juga mestilah x ketat & x jarang..
kerana dengan pakaian sebegini akan mengelakkan kita dpd dipandang oleh mata-mata si 'hidung belang' yg selalu mencari mangsanya
dengan ini kita akan sentiasa terpelihara...


setakat ini je yg sy nak share..
yg kat atas ni antara perkara yg benar sering berlaku dalam masyarakat kita...masyarakat muslim
ini juga berdasarkan pengalaman sendiri..
maaf jika ada perkara yg menyebabkan seseorang itu terasa hati
diri ini juga x sesempurna mana..
cuma ingin menyampaikan yg benar...
juga sebagai peringatan kepada diri sendiri,,


renung-renungkan dan selamat beramal...





Sunday, July 1, 2012

SIAPA KATA JADI PEREMPUAN TU SENANG ??!!

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG ???

Nak kena tutup sana, tutup sini

Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising

Perempuan, stokin pun kena pakai

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Confirm tak tahan bertutup semua

Tapi, perempuan cool je

Tengah panas pun boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit

Nak pergi kelas pun susah

Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak je meraung sebab sakit

Cuba tengok budak lelaki, selamba je

Kadang-kadang setahun sekali pun susah nak dapat sakit

Tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive je

Tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang

Hati ni Allah jadikan lembut betul

Cepat je sensitif

Cuba tengok orang putus cinta

Selalu perempuan yang paling susah nak lupa

Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru

Cuba pergi wayang tengok cerita Hindustan

Siapa yang paling teruk menangis

Perempuan kan? Lelaki boleh gelak-gelak lagi

Lembut tak lembut hati perempuan

Tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, banyak perempuan yang merajuk dengan Allah

Diorang cakap, Allah tak adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki

Kenapa perempuan kena dengar cakap suami

Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

Bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, banyak perempuan kat luar sana yang bebel

Diorang pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, "Lelaki tak payah tutup pun!"

Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat diorang

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

Diorang cakap diorang buat macam tu sebab Allah tak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan

Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya

Betul, isteri kena ikut cakap suami

Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tak adil lagikah Allah pada perempuan

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

Cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

Bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

Masya-Allah, hebatnya perempuan kan

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio

Banyak lagu pasal perempuan kan

Contohnya macam lagu SUMAYYAH,

Jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:

"Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya"

Kita tak pernah dengar orang cakap:

"Di sebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya"

Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu

Masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepadasuami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah!

Betapa sayangnya Allah dekat kita

Betapa cintanya Allah dekat kita

Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayang, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan

Dan seindah-indah hiasan tu ialah wanita solehah

Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan

Sekadar perkongsian bersama



~ Wahai kaum Adam, hargailah wanita yang sentiasa berada di sisimu. Bimbinglah dia. Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya. Didiklah dia menjadi wanita solehah kerana dia dari tulang rusukmu. Lindungi dia dari fitnah dunia. Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi... ~




                                                                                                                                             p/s : copy dpd fb