assalamualaikum..
hari ni cuma nak share pasal cara minum Rasulullah...
kat bawah ni antara hadis2 yg menyebut tentang etika minum Rasulullah..
- Daripada Ibn Abbas r.a.,dia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah melarang utk bernafas atau meniup ke dalam bekas minuman." (Riwayat al-Tarmizi)
- Daripada Abu Qatadah, Rasulullah bersabda yg bermaksud: " Jika kamu minum, janganlah bernafas di dalam bekas air minumannya" (Riwayat al-Bukhari dan muslim)
- Daripada Anas bin Malik r.a., dia berkata: "Ketika Rasulullah minum, baginda mangambil nafas di luar bekas sbyk 3 kali. dan Baginda bersabda, maksudnya: 'hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.' Anas mengatakan: oleh sebab itu, ketika aku minum, aku meneguk sebanyak 3 kali'"
Daripada hadis2 tersebut, Rasulullah telah mengajarkan kita 1 prinsip yg sgt penting ketika minum, iaitu tidak bernafas ketika minum.
- Para ulama berkata: "Larangan bernafas di dlm bekas minuman itu sama seperti larangan meniup makanan & minuman (yg panas agar cepat sejuk). Hal ini dikhuatiri kerana air liur yg menitis masuk ke dlm makanan @ minuman tersebut m'buatkan orang yg ingin menggunakan bekas yg sama menjadi jijik & kotor."
- Imam al-Qurtubbi menjelaskan: "Maksud larangan bernafas di dlm belas minuman itu ialah supaya jangan sampai mengotorinya kerana air liur ataupun aroma tidak sedap yg melekat atau menempel pada bekas air tersebut."
- Nafas yg dihembus mengangandungi gas carbon dioxide yg tinggi & juga virus2 drpd rongga2 hidung & keringkong seseorang. Kuman boleh membiak dgn cepat di dlm bekas minuman yg berisi air tersebut & menyebabkan air itu x tahan lama. Jika diminum, boluh menyebabkan sakit perut..
- Minum sambil bernafas akan menyebabkan salur air & udara bercampur & boleh menyebabkan seseorang itu tersedak & air memasuki paru-paru. boleh menyebabkan sakit tekak & jangkitan paru-paru..
Wah ! bertuah kan kita ! nabi siap ajar lagi kpd umatnya cara2 minum air dengan betul...
jadi, sama-samalah kita m'amalkan summah ni utk dptkan keberkatan daripada setiap titik air yg masuk dalam badan kita.
Wallahua'lam....




No comments:
Post a Comment