Sunday, July 14, 2013

Bonus Khas Ramadhan

Assalamualaikum.
hari ni nak share sikit tentang 5 bonus khas di bulan ramadhan daripada buku solusi edisi ramadhan tahun lepas.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
"Umatku diberikan lima perkara yg belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu:

  • Bonus 1 - Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
Mengenai bonus ini, drpd sumber yg insyaAllah boleh dipercayai, bau mulut orang yg berpuasa itu lebih harum drpd kasturi apabila dia membasahkan lidahnya dengan banyak membaca al-Quran, berzikir dan menjaga percakapannya.Ini kerana secara fizikalnya busuk, tapi rohaninya, wangi. Tetapi, jika dia hanya berpuasa semata-mata tanpa beramal dengannya seperti masih mengumpat dan tidak menjaga percakapannya, secara fizikal dan rohaninya, mulutnya busuk.
  • Bonus 2 - Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
  • Bonus 3 - Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan di dunia dan akhirat).
  • Bonus 4 - Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
  • Bonus 5 - Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."  
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)


Sempena bulan Ramadhan ini, marilah kita sama2 penuhi dada dengan ilmu, cari ilmu.
kita sekarang berada di zaman teknologi, mudah sangat utk mencari ilmu.
bacalah buku2 ilmu, yg dapat mempertingkatkan iman, bukan membaca majalah2 hiburan yg mungkin hanya sia-sia yg tidak mendatangkan faedah pun. 

 solusi edisi ramadhan 2012
 Mari sama2 mujahadah. Dan mujahadah bukan di bulan ini sahaja tetapi teruskan sampailah bila-bila.
InsyaAllah, jika niat ikhlas kerana Allah Ta'ala, segalanya dipermudahkan. 
 Wallahua'lam.
 







 

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan - Hijrah

Assalamualaikum....
alhamdulillah .. 
aku masih diberi peluang untuk meneruskan hidup di muka bumi Allah ini. 
Pernah tak, kita mengucapkan Alhamdulillah setiap kali kita bangun tidur?
Pernahkah kita terfikir, kenapa Allah masih bagi kita peluang untuk hidup lagi pada hari ini?
Sesungguhnya, yang pasti mungkin ajal masih belum sampai..dan pasti, Allah bagi kita peluang utk kita memperbetulkan silap dan bertaubat atas segala dosa2 kita yg lalu.

Alhamdulillah, kita masih lagi berpeluang menikmati bulan ramadhan yg penuh barakah..
pada tahun ini, sekali lagi.... alhamdulillah.
setelah hampir setahun juga tak update blog..kali ini ingin memberi nafas baru kpd blog saya.
 MasyaAllah...segala apa yg berlaku dlm hidupku selama ini..ada, hikmahnya. Pasti.

Subhanallah..Allah masih memberi peluang kpd aku utk berhijrah kpd lebih baik.
Aku masih jahil, masih banyak kekurangan..
tapi, doa itu, yg memberikan aku kekuatan.
doa supaya ditetapkan iman, dan dikuatkan lagi iman.

apabila teringat kembali kisah lalu, Ya Allah..alangkah berdosanya aku,
masih banyak yg perlu aku perbaiki.
masakan tidak..ibuku seorang yg bertudung labuh, abah seorang yang menjaga solatnya.
Allah...tapi aku? sangatlah jahil. aku ingin berubah kpd yg lebih baik..
memang aku bukan daripada seorang yg free hair berubah kpd yg bertudung. Tidak.
aku bertudung. tapi tidak menutup aurat dengan sempurna.

Aku ingin berubah menjadi seorang Muslimah. Muslimah yg cemerlang.
Cemerlang dengan ilmunya, akhlaknya, agamanya, akidahnya, imannya dan sebagainya.
    
 Benarlah kata orang, nak berubah memang senang, tapi istiqamah yg susah.
Memang. itu semua betul. tapi, jika kita yakin dengan Allah, takut kepada Allah, segala-galanya jadi mudah.
Jangan fikir apa orang cakap, tapi fikir apa yang Allah pandang.

Sempena bulan Ramadhan ini, tingkatkanlah amal ibadat..
bukan berjuang melawan nafsu makan dan minum sahaja, tapi mujahadah dalam meningkatkan iman, agar menjadi yg lebih baik. InsyaAllah.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mengajar kita erti berdisiplin, Disiplin dgn diri sendiri.
Itulah salah satu hikmah kenapa Allah menyuruh kita berpuasa selama sebulan, di bulan Ramadhan sahaja.
Pintu keberkatan terbuka luas di bulan ini. Sama2 kita perangi nafsu di bulan ini.
Tingkatkan amal ibadah.
Wallahu a'lam.