Assalamualaikum.
hari ni nak share sikit tentang 5 bonus khas di bulan ramadhan daripada buku solusi edisi ramadhan tahun lepas.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
"Umatku diberikan lima perkara yg belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu:
- Bonus 1 - Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.
Mengenai bonus ini, drpd sumber yg insyaAllah boleh dipercayai, bau mulut orang yg berpuasa itu lebih harum drpd kasturi apabila dia membasahkan lidahnya dengan banyak membaca al-Quran, berzikir dan menjaga percakapannya.Ini kerana secara fizikalnya busuk, tapi rohaninya, wangi. Tetapi, jika dia hanya berpuasa semata-mata tanpa beramal dengannya seperti masih mengumpat dan tidak menjaga percakapannya, secara fizikal dan rohaninya, mulutnya busuk.
- Bonus 2 - Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
- Bonus 3 - Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan di dunia dan akhirat).
- Bonus 4 - Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.
- Bonus 5 - Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?" Baginda menjawab: "Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya." (Riwayat Ahmad)
Sempena bulan Ramadhan ini, marilah kita sama2 penuhi dada dengan ilmu, cari ilmu.
kita sekarang berada di zaman teknologi, mudah sangat utk mencari ilmu.
bacalah buku2 ilmu, yg dapat mempertingkatkan iman, bukan membaca majalah2 hiburan yg mungkin hanya sia-sia yg tidak mendatangkan faedah pun.
| solusi edisi ramadhan 2012 |
Mari sama2 mujahadah. Dan mujahadah bukan di bulan ini sahaja tetapi teruskan sampailah bila-bila.
InsyaAllah, jika niat ikhlas kerana Allah Ta'ala, segalanya dipermudahkan.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment